.:Al-Kisah Mael Lambung dan Ah Chai #1:.
korang tahu ke kisah di sebalik pergaduhan MAEL LAMBUNG dan AH CHAI . bagi yang mengikuti program Maharaja Lawak mesti dah kenal dengan dua watak ini . sapa yang tak tengok lagi tu korang beruntung dapat singgah kat entry gua ni . sebab tak payah susah2 tgk 13 episod Maharaja Lawak, korang baca cerita aku ni pun dah faham . ahaha .
~EPISOD TERAWAL~
kelihatan riuh rendah di padang Sekolah Rendah Tak Tingi-Tinggi pada pagi yang hening itu . hari ini sukaneka sekolah berlangsung dengan meriah nya . kelihatan Mael sedia untuk membaling belon kepada rakan sekelas nya dalam acara yang diberi nama Lu Salah Lu Basah .
tetapi fokus mael tiba2 hilang dek kerana terpandang awek comel memakai baju kurung sedang menyikat rambut di tepi padang . Rakan Mael menjerit " Mael lambung lah belon tu...lambung la" . kawan Mael semakin marah . "Mael...lambung...cepat lambung.." . Mael masih lagi tak mengalih pandangan nye dari awek itu . Akhirnya kelas Mael mendapat tempat terakhir dalam acara itu gara2 Mael masih lagi memegang belon walaupun acara sudah habis sejam yang lalu .
Mael pun dilambung oleh rakan nya yang sedang marah itu ke dalam longkang . mael cedera di pipi . sampai hari ini parut itu masih kekal di pipi nya . ramai orang telah menyaksikan kejadian itu . "kesian Mael kena lambung dalam longkang sebab tak lambung belon kat kawan dia" . sejak dari hari tu nama Mael Lambung sering di sebut2 selepas kejadian perlambungan itu . Mael diberhentikan sekolah selepas pengetua sekolah mendakwa parut di pipi nya menakutkan rakan2 yang lain .
***********
"Mummy Ah Chai piligi skulah dulu kan adoii..." tergelak mama Ah Chai mendengar pelat anaknya itu walaupun tiap2 hari dia menyebut benda yang sama . ibu mana yang tak sayangkan anak dia . berlari2 Ah Chai dengan uniform putih serta berseluar pendek mendapatkan basikal chopper nya .
buat pengetahuan semua, Cikgu Salmah adalah guru yang ke 152 mengajar Ah Chai . guru2 sebelum ni semuanya berhenti akibat gelak yang berpanjangan dan tekanan yang melampau semasa mengajar Ah Chai . akhir nya pihak sekolah terpaksa membuang Ah Chai dari sekolah kerana tidak dapat menanggung perbelanjaan rawatan hospital untuk guru2 yang mengajar Ah Chai . Ah Chai dengan marah berkata "cantik luar, cantik dalam, banyak cantik nye membuangkan aku sesuka hati in . berani pun tak nak aku duduk kan di sekolah lagi te ber adoii."
********
0 comments:
Post a Comment