Sunday 31 July 2011

Al-Kisah Mael Lambung dan Ah Chai #1:.

.:Al-Kisah Mael Lambung dan Ah Chai #1:.



korang tahu ke kisah di sebalik pergaduhan MAEL LAMBUNG dan AH CHAI . bagi yang mengikuti program Maharaja Lawak mesti dah kenal dengan dua watak ini . sapa yang tak tengok lagi tu korang beruntung dapat singgah kat entry gua ni . sebab tak payah susah2 tgk 13 episod Maharaja Lawak, korang baca cerita aku ni pun dah faham . ahaha .

~EPISOD TERAWAL~

                                *****cerita bermula ketika diorang masih kecil *****

kelihatan riuh rendah di padang Sekolah Rendah Tak Tingi-Tinggi pada pagi yang hening itu . hari ini sukaneka sekolah berlangsung dengan meriah nya . kelihatan Mael sedia untuk membaling belon kepada rakan sekelas nya  dalam acara yang diberi nama Lu Salah Lu Basah .

tetapi fokus mael tiba2 hilang dek kerana terpandang awek comel memakai baju kurung sedang menyikat rambut di tepi padang . Rakan Mael menjerit " Mael lambung lah belon tu...lambung la" . kawan Mael semakin marah . "Mael...lambung...cepat lambung.." . Mael masih lagi tak mengalih pandangan nye dari awek itu . Akhirnya kelas Mael mendapat tempat terakhir dalam acara itu gara2 Mael masih lagi memegang belon walaupun acara sudah habis sejam yang lalu .

Mael pun dilambung oleh rakan nya yang sedang marah itu ke dalam longkang . mael cedera di pipi . sampai hari ini parut itu masih kekal di pipi nya . ramai orang telah menyaksikan kejadian itu . "kesian Mael kena lambung dalam longkang sebab tak lambung belon kat kawan dia" . sejak dari hari tu nama Mael Lambung sering di sebut2 selepas kejadian perlambungan itu . Mael diberhentikan sekolah selepas pengetua sekolah mendakwa parut di pipi nya menakutkan rakan2 yang lain .



***********

"Mummy Ah Chai piligi skulah dulu kan adoii..." tergelak mama Ah Chai mendengar pelat anaknya itu walaupun tiap2 hari dia menyebut benda yang sama . ibu mana yang tak sayangkan anak dia . berlari2 Ah Chai dengan uniform putih serta berseluar pendek mendapatkan basikal chopper nya .

Ah Chai seorang pelajar yang pintar dalam semua subjek di sekolah nya . tetapi subjek bahasa melayu Ah Chai tidak dapat menguasai sepenuh nya . dia masih lagi di ajar cara mengeja dan membuat ayat walaupun dia sudah tingkatan dua . Cikgu Salmah berkata "Ah Chai cuba buat ayat dari perkataan 'basuh'??" . Ah Chai mencuba ,"daddy aku puuuun suka nye mem basuhi rumah itu sampai putih nye adoii nye pun " .

buat pengetahuan semua, Cikgu Salmah adalah guru yang ke 152 mengajar Ah Chai . guru2 sebelum ni semuanya berhenti akibat gelak yang berpanjangan dan tekanan yang melampau semasa mengajar Ah Chai . akhir nya pihak sekolah terpaksa  membuang Ah Chai dari sekolah kerana tidak dapat menanggung perbelanjaan rawatan hospital untuk guru2 yang mengajar Ah Chai . Ah Chai dengan marah berkata "cantik luar, cantik dalam, banyak cantik nye membuangkan aku sesuka hati in . berani pun tak nak aku duduk kan di sekolah lagi te ber adoii."



********

dengan itu mereka berdua berazam untuk berhijrah ke kL dan menjadi gangster . bagaimanakah kisah merebut kawasan itu timbul?? . kita nantikan episod akan datang .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More